Sejarah Spirulina

Pada tahun 1963, Professor Perancis Crammond mengkaji tentang bagaimana kaum Ganimu mendapat gizi yang mencukupi dan kekal sihat sepanjang hayat. Apabila dikaji, didapati kaum Ganimu gemar memakai sejenis alga berwarna hijau (Spirulina) yang terdapat di dalam danau di kawasan itu. Dari situlah bermulanya penyelidikan tentang Spirulina dan penggunaannya telah meluas ke serata dunia. Natijahnya, pembiakan spirulina yang pertama dan terbesar terbina seawal  1970an, dikendalikan oleh Sosa Texcoco, sebuah syarikat Perancis. Di awal 1979, eksport  berkembang ke negara Jepun and USA. Di awal 1990an spirulina menjadi sangat terkenal sebagai  makanan kesihatan.

 

 

Spirulina kini  di biak di serata dunia secara  komersial, menjadi makanan kesihatan untuk warga  dunia; dalam bentuk tablet, kepingan  kering, serbuk berkapsul atau tanpa kapsul dan berbagai. Ia  juga dijadikan makanan tambahan kepada  ternakan air seperti ikan dan ternakan  ayam, itek dan sebagainya. Rumpai seni spirulina warnanya hijau-kebiruan, terdiri dari berbagai jenis. Dua (2)  spesis yang kini sering di biak secara  komersial di merata dunia: Arthrospira platensis and  Arthrospira maxima. Pengeluar  terbesar adalah Amerika Syarikat seperti Earthrise Nutritionals  California (USA), dan  Cyanotech, Hawaii (USA); Parry Nutraceuticals (India); Boonsom Farm  (Thailand); Hainan Island (China); Taiwan dan beberapa negara lagi.

 

Sejarah Spirulina juga dikatakan telah bermula pada kurun ke-16 dimana kaum Aztech telah mengamalkannya sebagai makanan harian mereka yang diambil dari Danau Texcoco.Sejarah spirulina sebagai makanan, sudah lama. Pada era 1960-an, terdapat sebuah kaum yang tinggal di tepi danau Cad Afrika yang digelar kaum Kanembu. Mengikut cerita kekuatan fizikal mereka sangat hebat dan mendapat gizi yang baik dalam kehidupan mereka. Masyarakat Afrika memakannya sejak abad ke-9 Empayar Kanem, di biak secara tradisional  di dalam Tasek Chad (Republik Chad,  Afrika Tengah).  Kaum Aztecs (Mexico/Mesoamerica), membiaknya di dalam Tasek  Texcoco  hingga ke abad 16. Ternyata makanan tersebut adalah kek dikenali  dihe diperbuat daripada alga biru-spirulina dan dikeringkan di bawah matahari. Dihe atau kuih yang dihidangkan dengan spirulina cara pertama dikisar dengan air panas untuk rasa, kemudian digaulkan dengan sos dan lada hitam, kemudian ditabur pada atas biji jawawut atau sekoi (Setaria italica), kacang, dan ikan atau daging hirisan.   Dihe adalah makanan utama penduduk 70% daripada Kanembu itu. Mitos tentang dihe percayai bahawa wanita hamil yang memakan dihe, akan melahirkan bayi yang sihat, akan melahirkan bayi yang sihat, selamat, terhindar dari tukang sihir atau roh jahat yang berkeliaran.   Spirulina dijadikan kepingan kering, di buat bubur  dan sebagainya.  Spirulina sudah sebati dengan kehidupan masyarakat Afrika,  Timur Tengah dan Mesoamerika.

 

 

Begitu juga, penduduk di daerah Karla, India telah menggunakan dihe sebagai makanan sumber semulajadi yang tinggi kandungan khasiatnya dan menyuburkan. Berkhasiat menyembuhkan penyakit dan kecergasan badan. Oleh itu, mereka sentiasa menggunakan dihe di dalam doh cepati (makanan India), roti dan sup. Penduduk Karla telah berjaya menggunakan spesis  alga yang hidup di persekitaran  kawasan mereka untuk digunakan sendiri. Kemahiran ini diwariskan dari satu generasi  ke generasi seterusnya.Setelah agak lama pakar fikologi memerhatikan makanan dihe ini, ternyata dihe itu adalah himpunan trikhoma dari spirulina platensis mikroalga.   Akhirnya, tidak kurang daripada sembilan jenis alga yang tinggal di air tawar telah digunakan turun-temurun sebagai makanan asli dalam lebih daripada 15 buah negara di dunia sebagai makanan bukan konvensional berkhasiat tinggi.

 

Baca selanjutnya: Bahagian 1 Apakah Spirulina

Baca selanjutnya: Bahagian 2 Pengenalan kepada Spirulina

Baca selanjutnya: Bahagian 4 Penyakit Kronik