Pengenalan Spirulina

Spirulina Mengandungi Kesemua Khasiat Yang Sangat Diperlukan Oleh Tubuh Badan :

Kesihatan merupakan harta yang tidak ternilai kepada setiap individu diera masa kini. Ini amat tepat bagi  mereka yang mengalami sakit  yang tenat terutama penyakit tiga serangkai iaitu jantung, buah pinggang dan kencing manis tetapi agak malang bagi mereka  yang tidak pernah mementingkan kesihatan dan merasa kesal apabila telah ditimpa penyakit yang teruk.

Sebenarnya penyakit tidak akan wujud secara tiba-tiba tetapi penyakit akan wujud bergantung kepada cara hidup yang diamalkan setiap hari.

 

“ MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT ”

 

Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung ialah sejenis penyakit yang berkait dengan sistem peredaran:

jantung dan pembuluh darah . Jika dikumpulkan daripada 3 orang seorang akan diserang penyakit ini di dunia.

 

Sakit jantung yang biasa adalah:

 

  1. Penyakit jantung koronari (coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan  mendapan ateromatus dalam dinding ateri yang membekalkan miokardium.

           

  1. Penyakit jantung hipertensif (hypertensive heart disease), penyakit yang berciri-cirikan tekanan darah tinggi kepada jantung.

           

  1. Kegagalan jantung (heart failure), penyakit yang membabitkan jantung  gagal mengekalkan aliran darah.

           

  1. Korpulmonale (pulmonary heart disease), kegagalan pada ventrikel kanan  jantung.

           

  1. Penyakit serebrovaskular, penyakit yang terjadi pada salur darah ke serebrum atau otak.

 

Selain daripada penyakit jantung, seorang daripda 13 orang penyakit barah buah dada mengidap penyakit ini, kuman barah ini akan menyerang satu daripada 4 orang. Jika anda menganggap angka ini menakutkan, tunggu dan lihat kos untuk merawatnya. Bencana ini boleh bertukar menjadi bencana kewangan dalam masa yang amat singkat !. Ianya telah menjadi krisis hidup oleh itu anda perlu merancang  bagi mengatasi krisis ini.

Penyakit Buah pinggang misalnya melibatkan kos rawatan dalam 30 ke 40 ribu setahun dan kini ia semakin meningkat dengan peredaran masa di masa kini.

Oleh itu sediakan Payung sebelum Hujan dengan merancang awal bagi mengelakkan anda menanggung perbelanjaan yang besar ini.

Pembedahan untuk sakit jantung mungkin memerlukan lebih  daripada RM 40,000.00.

Jika terjadi tragedi  seperti di atas menimpa anda, anda pasti menginginkan rawatan yang terbaik untuk memulihkan anda sepenuhnya.Allah s.w.t  telah mengurniakan Sumber Alam yang agung iaitu Spirulina atau dikenali sebagai Arthrospira  Platensis sebagai makanan tambahan untuk manusia di masa kini.

 

PENGENALAN

“ EMAS HIJAU ”

Spirulina tulin adalah sumber  protein terkaya yang mengandungi lebih banyak vitamin dan unsur  galian berbanding produk makanan yang lain. Pada suatu ketika spirulina dikenali sebagai Emas Hijau yang dikaitkan makanan yang sangat bernilai seperti emas. Gelaran ini diberi kerana Spirulina mengandungi :

           

            - Protein lengkap yang lebih kaya daripada daging steak,

            - Kaya dengan mineral  dalam bentuk kompleks organan,

            - Mengandungi pelbagai vitamin dan banyak enzim yang berfaedah.

 

Spirulina bukan sahaja dianggap sebagai makanan kesihatan malah penyelidikan banyak menunjukkan ianya berguna untuk mengawal berat badan, alahan, masalah penglihatan, kelainan karbohidrat , anemia, talasemia, kanser , gout, dan banyak lagi penyakit.

 

Kebanyakkan kematian di masa lalu adalah disebabkan oleh kekurangan khasiat dan diserang penyakit berjangkit seperti malaria dan lain-lain.  Dengan perkembangan teknologi sains perubatan pakar-pakar telah menemui antibiotik dan antiseptik untuk menghapuskan penyakit berjangkit namun evolusi perkembangan dunia dalam perindustrian telah banyak menyebabkan berbagai jenis penyakit kronik.

 

PUNCA YANG MENYEBABKAN PENYAKIT KRONIK

Pencemaran alam sekitar seperti udara, air dan tanah menghasilkan berbagai jenis toksin, penggunaan racun serangga dan racun rumpai juga telah mencemarkan tanah pertanian. Selain daripada alam sekitar yang tercemar, khasiat yang tidak seimbang adalah punca utama menyebabkan penyakit kronik.

Di Malaysia khususnya dan di serata dunia pengambilan makanan yang terlalu berminyak dan berasaskan daging, amalan makan diluar dan ditambah pula dengan tekanan yang keterlaluan turut menyumbang sebagai punca utama penyakit kronik seperti kencing manis, jantung dan buah pinggang. Amalan

pemakanan yang tidak seimbang menyumbang kepada pelbagai penyakit terutama mereka yang selalu mengamalkan pemakanan makanan segera dan makanan yang telah diproses sehingga boleh menyebabkan obesiti akibat makan berlebihan.

 

KECENDERUNGAN TERHADAP KEADAAN BADAN BERASID

Darah yang mengandungi keasidan yang tinggi akan lebih memberi impak yang besar berbanding darah yang mengandungi  alkalian yang stabil maka ia perlu melalui proses penukaran daripada asid ke alkali sehingga menjadi neutral  pH7. Tindakbalas darah ini bergantung kepada tahap keasidan darah di dalam tubuh seseorang. Hanya tuan tubuh badan sahaja yang mengetahui tindakbalas  kesan daripada minuman air spirulina asli ini.

 

Punca darah    mengandungi   asid yang  tinggi adalah akibat  tabiat     pemakanan di zaman moden ini yang menjurus banyak ke arah makanan yang telah diproses . Makanan yang diproses mengandungi unsur-unsur bahan logam  berat seperti  Cu, Fe, Zn, Pb, Ni dan Cd terutama makanan bersumberkan makanan laut seperti ikan dan unsur-unsur luaran.  Akibat daripada keadaan persekitaran ,  pemakanan  dan  ubatan  yang mengandungi unsur- unsur logam berat adalah disyorkan setiap individu mengamalkan minuman air spirulina segar ini dengan secara teratur supaya tahap keasidan ini dapat dikawal dengan keadaan yang stabil. Tubuh badan yang mengandungi asid yang tinggi akan mengundang banyak penyakit  di badan maka adalah elok jika ianya boleh dikawal dengan secepat mungkin.

 

Tubuh kita memerlukan lebih daripada 100 jenis nutrisi setiap hari untuk mencapai fungsinya secara optimum. Namun, disebabkan oleh diet tidak sihat yang mengandungi kalori berlebihan dan terlalu sedikit nutrisi atau pengambilan berlebihan makanan berasid, diet harian kita kekurangan nutrisi penting. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), faktor makanan menyumbang kepada kira-kira 30% daripada seluruh kes kanser di negara-negara barat.

 

Multivitamin sintetik mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti batu buah pinggang, keguguran rambut, penglihatan kabur, kerosakan hati, sakit kepala dan sebagainya. Kesan sampingan mungkin menjangkau masa yang lama untuk dilihat.

 

Menurut pakar kesihatan , untuk mengekalkan kesihatan, kita patut mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan pengambilan 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid. Walaubagaimanapun, pemilihan makan beralkali adalah sangat terhad. Ianya dikategorikan :

Cara lain untuk menambahkan semua nutrisi penting adalah melalui makanan unggul. Sering ditakrif sebagai makanan semulajadi yang paling unggul dan dikenali makanan purba di zaman prasejarah dahulu kala. Spirulina ini mengandungi lebih daripada 12 jenis vitamin, lebih daripada 12 jenis mineral,

4 pigmen semulajadi dan 8 asid amino yang perlu.

 

MAKANAN ASAS

Allah s.w.t telah menjadikan planet bumi ini mempunyai organisma satu sel dan haiwan satu sel sejak 3.6  billion dahulu di mana tumbuhan mengeluarkan oksigen sebagai hasil fotosintesis dengan tenaga diperolehinya secara terus melalui persekitarannya. Organisma  yang terjadi adalah berbentuk ringkas dan terdiri daripada sel tunggal yang terapung di dalam air. Ini adalah Organisme multisel pertama di bumi dengan kewujudannya serupa dengan organisma yang ada pada saat ini. Organisma sel tunggal ini terdedah kepada cahaya matahari, air dan haba dan mengeluarkan protein, karbohidrat, asid amino, vitamin , enzim dan lain-lain kimia.

Selepas berbillion lamanya barulah oraganisma berbentuk antrhopoda, yang kemudian diikuti dengan ikan. Tumbuhan daratan telah ada sejak 475 Ma dan terjadilah pembentukan hutan pada 385 Ma.Mamalia telah bermula sejak 200 Ma dan kemunculan manusia ( Homo Sapiens ) adalah pada 200,000 tahun lalu . Haiwan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di darat . Tumbuhan dan haiwan pertama  yang mempunyai metabolisme multisel yang kompleks hanya muncul 500 juta tahun yang lalu. Tanpa menghiraukan perubahan bentuk hidupan lain atau evolusi, sel-sel tunggal terus hidup dengan menukarkan cahaya matahari kepada makanan tulen .  Organisme kecil ini yang menghasilkan makanan tanpa berhenti adalah rumpai air.

Organisma sel tunggal ini dianggap sebagai kilang makanan adalah Monera yang bergantung kepada cahaya matahari untuk membentuk zat makanan melalui proses fotosintesis.  Inilah sebabnya kenapa rumpai air ini menjadi sumber atau punca makanan dan zat makanan yang terkaya dan terbanyak . Inilah punca makanan yang belum diterokai oleh manusia. Kandungan zat makanan rumpai air diperlukan oleh primat dan sel organisma yang lebih tinggi.

Haiwan besar di laut seperti ikan paus dan lain-lain kehidupan air hidup dengan hanya memakan rumpai air yang digelar fitoplankton. Fitoplanton adalah organisma kecil ( mikroskopik) yang mengalir bersama arus air dalam lautan. Jika ikan paus boleh menjadi begitu besar dengan hanya memakan plankton maka sudah pasti bahan ini mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi dan lengkap.

Fitoplanton pelbagai jenis

 

Makanan yang berpunca daripada peringkat kehidupan yang rendah di dalam kitaran makanan lazimnya menghasilkan makanan yang bersih dan murni kerana makanan ringkas kurang terdedah kepada pencemaran dan proses metabolisme badan yang lebih kompleks.  Rumpai air ini bukan sahaja rendah dari segi kitaran makanan malah mereka adalah asas dan permulaan kehidupan.

 

Baca selanjutnya: Bahagian 4 Penyakit Kronik

Baca selanjutnya: Bahagian 3 Sejarah Spirulina

Baca selanjutnya: Bahagian 1 Apakah Spirulina