Apakah itu Spirulina

Spirulina adalah sejenis rumpai air yang hidup di dalam tasik air masin di kawasan tropika dan tidak dapat tumbuh di kawasan air tawar. Nama “ Spirulina ” berpunca daripada perkataan Latin yang bermakna “ berputar ” yang merujuk kepada rupa fizikal organisma ini sebab ia membentuk seperti benang halus yang berpintal juga dikenali spesis mikroalga.  Spirulina berwarna hijau-kebiruan, terdiri dari berbagai jenis. Dua spesis yang kini sering di biakkan secara komersial di merata dunia iaitu : Arthrospira platensis and Arthrospira maxima. Pengeluar terbesar adalah Amerika Syarikat seperti Earthrise Nutritionals , California (USA), dan Cyanotech, Hawaii (USA); Parry Nutraceuticals (India); Boonsom Farm (Thailand); Hainan Island (China); Taiwan dan beberapa negara lagi.

 

Spirulina kini  di biak di serata dunia secara komersial dan menjadi makanan kesihatan untuk warga dunia dalam bentuk tablet, kepingan  kering, serbuk berkapsul atau tanpa kapsul dan berbagai jenis lagi. Ia juga dijadikan makanan tambahan kepada ternakan air seperti ikan dan ternakan ayam, itIk dan sebagainya.

 

Spesis yang diternak di Malaysia adalah dari jenis  ARTHROSPIRA PLATENSIS yang sangat sesuai di ternak di kawasan yang mengalami cuaca yang panas. Sprirulina ini telah diternak di Perlis kerana cuaca tropika yang mempunyai cahaya matahari yang kuat, sumber air yang bersih dan tiada pencemaran persekitaran.

 

Spirulina berupaya mensintesis makanan bermutu tinggi pada kadar yang menakjubkan dan lebih efisien daripada rumpair jenis lain berbanding tumbuhan lain Spirulina mengandungi 65-71% protein lengkap dengan kesemua asid amino esential dalam imbangan yang terbaik. Mengikut perbandingan  daging lembu mengandungi 22 % protein.  Spirulina juga mempunyai kadar penukaran fotosintetik bernilai 8-10 % sedangkan kacan soya hanya mempunyai nilai sekadar 3 %.

 

Spirulina juga adalah salah satu punca tumbuhan untuk vitamin B12 yang secara amnya ditemui di dalam serat haiwan.  Satu sudu teh Spirulina membekalkan 2.5 kali  ganda   jumlah  RDA   atau   pengambilan  harian yang disyorkan oleh  FDA     ( Badan Makanan dan Ubat, USA ) dan lebih dua kali ganda jumlah vitamin ini ditemui dalam hati. Spirulina juga mengandungi zat-zat makanan dalam jumlah yang banyak seperti asid amino, mineral berkelasi, pigment, gula ramnose ( gula tumbuhan yang kompleks ) , unsur surih dan enzim dalam bentuk yang mudah diserap.


Saiz Spirulina boleh dianggap besar sehingga mencapai 0.5mm panjang dan lebih kurang 100 kali saiz lain-lain rumpai air dan membolehkan sel Spirulina dilihat dengan mata kasar.  Tambahan itu keupayaan untuk membiak dengan cepat dan kecenderungannya untuk melekat dalam bentuk koloni yang agak besar memudahkan lagi hasil kutipannya.

 

Spirulina dikelaskan sebagai rumpair biru-hijau kerana kewujudan pigment klorofil ( hijau ) dan fikosianin ( biru) dalam struktur selnya. Rumpai air yang lain berbeza warna predominan dan di bahagikan kepada biru-hijau, hijau, merah dan cokelat. Walaupun Spirulina berkait rapat dengan rumpai air , ia bukan tumbuhan air laut.  Malah ia lebih suka kepada kolam dan tasik air payau yang lebih masin dengan kadaran pH 8 hingga pH 11 yang mana tasik biasa dan lain-lain mikroorganisma tidak boleh membiak.  Spirulina juga boleh membiak dan hidup dalam air yang agak panas iaitu 32 darjah celcius hingga 45 darjah celcius ( kira-kira 85 hingga 112 Ferenhide ) dan telah di dapati boleh hidup pada suhu 60 darjah celcius ( 140 darjah farenhide ).

 

Terdapat juga spesis Spirulina tertentu yang sesuai tumbuh di kawasan padang pasir yang panas dan terik walaupun habitat kolam mereka kering di bawah sinar suria yang terik. Ia boleh bertukar kepada keadaan ‘dormant’ atas batu panas  sehingga 70 darjah celcius ( 160 darjah farenhide ). Di  dalam keadaan yang sebegitu dormant ini, rumpai air berwarna biru-hijau ini akan bertukar menjadi putih bal salji dan mempunyai rasa yang manis kerana haba akan mengubah struktur protein kepada gula polisakarida.  “ Manna ” adalah sejenis makanan orang Israel dan Arab. Bahan - bahan tersebut ditemui di atas batu selepas musim kemarau yang teruk.  Lagenda menyatakan yang ‘mana’ ini turun daripada langit dan rasanya dikatakan seperti wafer yang diperbuat daripada madu.  Salah satu kemungkinan yang dikemukakan oleh para saintis ialah Manna  adalah Spirulina yang telah kering dan ‘dorman’ yang telah bertukar menjadi putih dan manis.

 

 

Keupayaan Spirulina untuk tumbuh dalam persekitaran yang alkali dan panas memastikan kebersihannya sebab tidak ada organisma lain yang boleh hidup pada keadaan ini untuk mencemari tapak rumpai air ini  membiak.  Oleh itu   Spirulina adalah makanan semulajadi yang paling bersih dan steril dari awal lagi.

 

Melalui sifat tersebut, Spirulina boleh mempertahankan nilai pemakanannya walaupun didedah kepada haba tinggi semasa pemprosesan dan penyimpanan.  Tidak seperti lain-lain makanan tumbuhan yang mudah rosak apabila di dedah kepada suhu tinggi semasa pemprosesan.

 

Spirulina juga agak berbeza daripada rumpai air yang lain kerana ia adalah tumbuhan nuklear iaitu ia bukan tumbuhan atau haiwan sejati.  Peringkat pertumbuhannya lebih tinggi daripada tumbuhan  kerana ia tidak mempunyai selaput selulos yang keras yang menjadi cirian tumbuhan atau pun nukleus yang jelas menjadi cirian haiwan.  Namun begitu, sistem metabolismanya berasaskan kepada proses fotosintesis iaitu satu proses yang menghasilkan tenaga makanan melalui cahaya suria dan klorofil seperti tumbuhan.

 

Secara ringkasnya Spirulina adalah bentuk kehidupan mudah sedangkan lain-lain rumpai air seperti klorela telah membentuk dinding sel keras tumbuhan yang membuatnya sukar diserap.

 

Spirulina memiliki daya detoxifikasi membuang pelbagai jenis penyakit dan racun-racun dari dalam tubuh dan 2X lebih baik dari klorofil. Spirulina yang baik tidak sepatutnya dikeringkan kerana sel dindingnya bukan terdiri daripada selulos seperti herba dan buah-buahan. Spirulina agak berbeza daripada rumpai air yang lain kerana ia adalah tumbuhan nuklear iaitu ia bukan tumbuhan atau haiwan sejati.  Peringkat pertumbuhannya lebih tinggi daripada tumbuhan kerana ia tidak mempunyai selaput selulos yang keras yang menjadi ciri tumbuhan atau pun nukleus yang jelas yang menjadi ciri haiwan.

 

Namun , sistem metabolismanya berasaskan kepada proses fotosintesis iaitu satu proses yang menghasilkan tenaga makanan melalui cahaya suria dan klorofil seperti tumbuhan. Sel dinding Spirulina terdiri daripada Mucopolysaccharides iaitu sel dindingnya yang sangat lembut berbanding dengan chlorella. Oleh sebab sel dindingnya yang lembut maka ia dapat memelihara zat dalam sel spirulina itu sendiri dan ianya lebih mudah dicernakan.  Sebarang kerosakan yang berlaku ke atas spirulina ia akan menguraikan julat nutrien dan dipercayai jika ianya dikeringkan zat yang tinggal adalah kurang daripada 3% daripada keseluruhan selnya.

 

Spirulina banyak berbeza dengan rumpai air hijau atau klorela yang diantaranya adalah seperti berikut :

 

Baca selanjutnya: Bahagian 2 Pengenalan kepada Spirulina

Baca selanjutnya: Bahagian 3 Sejarah Spirulina

Baca selanjutnya: Bahagian 4 Penyakit Kronik